Saturday, November 19, 2011

Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2012 Secara Online

Permohonan dan syarat kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 pada Tahun 2012. Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2011 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2012.
Permohonan
Mohon Nombor Pin / Kata Laluan
Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah atau MRSM yang berdekatan untuk mendapatkan kata laluan secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkan secara rasmi iaitu 17 November 2011.
Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.
Isi Borang Online
1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2012. (Sila Guna Internet Explorer)
2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut : Permohonan ke Tingkatan Satu,
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19,
Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
5. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.
Tarikh Tutup
1. Permohonan secara online kemasukan ke MRSM ini akan ditutup pada 30 November 2011.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah pada 5 Disember 2011.
3. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

credit to : infomasikini
sila click jika suka.. tq Kongsi beritahu rakan di facebook!

0 0 ladies and gentlemen love myCeloteh: